Pages

Friday, 17 August 2012

Sijil Pendaftaran Kelab...

Up coming Activities....Merdeka Convoy 2012
30 August - 2 Sept 2012


Konvoi kali ini anjuran bersama Permuafakatan Guru dan Staf SMK Tun Fuad Stephens dan Sk Pekan Kiulu. Spot utama ialah Pusat Konservasi Maliau Basin...setakat ini sebanyak 21 kereta sudah confirm...harap2 tiada yang tarik diri. sesiap yang berminat sila call saya 0168108791...

Semua peserta diminta untuk menyediakan kereta agar berada dalam keadaan yang baik sebelum konvoi bermula.
Aktiviti..... 

*Anda MUNGKIN perlu mempunyai acc FB untuk melihat gambar-gambar

1. Konvoi Pertama; Konvoi Merdeka 2011

Kelab telah menganjurkan Konvoi Pertama; Merdeka 2011 yang disertai 25 Kenderaan dengan seramai lebih kurang 80 perseta. Konvoi ini dilancarkan oleh YB Datuk Louis Rampas ADUN N.11 Kiulu di perkarangan Dewan Masyarakat Kiulu.

Laluan konvoi adalah seperti berikut:

Kiulu - Keningau - Nabawan - Inarad - Imbak - Tamoi - Kuamut - Imbak Canyon - Telupid - Kiulu

Klik untuk gambar-gambar konvoi pertama

Konvoi Merdeka 2011 part 1
Konvoi Merdeka 2011 part 2
Konvoi Merdeka 2011
Konvoi Merdeka 2011


2. Konvoi kedua; Sorinsim-Ranau 2011

Konvoi kedua kelab melalui laluan Kiulu-Kota Marudu - Stesen Sorinsim - Stesen Monggis - ranau - Kiulu

Konvoi kedua ini disertai 23 kenderaan dan mengambil masa 3 hari 2 malam. Camp site pertama ialah di Stesen Sorinsim. Tempat ni memang best terutama untuk budak-budak yang suka mandi sungai...sungainya jernih, cetek dan berbatu halus... perjalanan agak mencabar juga keesokan harinya. konvoi dibahagikan kepada 5 kumpulan. halangan utama ialah jambatan putus. camp site kedua ialah di Stesen monggis ranau...tempat ini pun sangat siok.

gambar-gambar konvoi sorinsim sila klik di bawah

Sorinsim-Ranau 1
Sorinsim-Ranau 2
Sorinsim-Ranau 3

3. Konvoi 3: Bobotong Eco-Challenge 2012

Bobotong-Kuamut Challenge 2012

Bobotong-Kuamut Challenge 2012 #2

4. Konvoi 4: Kamatan 2012

Konvoi #4 turut disertai rakan-rakan dari MudMadness Sandakan dan Kota Kinabatangan...pengalaman baru dengan rakan-rakan dari sebelah Pantai Timur. Tambahan mereka ni semuanya berpengalaman. Laluan pun memang mencabar...siap guna Case lagi tarik...Tahniah kepada semua peserta konvoi terutama Mama2 dan budak2 yang begitu bersemangat dan tahan lasak..memang mereka ni bibit yang bagus2 punya... :)

Gambar2...

Konvoi Kaamatan 2012





Pengenalan
Kelab Permotoran Empat Kali Empat Kiulu merupakan kelab yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Sukan, Kementerian Belia dan Sukan negeri Sabah. Antara matlamat penubuhan ialah:

1. Memajukan bidang permotoran 4WD di kalangan ahli di Kiulu dan Tamparuli.
2. Menjadikan aktiviti Pacuan empat roda sebagai hobi dan aktiviti rekreasi keluarga.
3. Memberi pendidikan dan kesedaran tentang alam sekitar pada setiap program atau konvoi.
4. Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli.
5. Melatih dan menaja peserta ke kejohanan dan pertandingan berkaitan di Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

Keahlian

Keahlian dibuka kepada peminat-peminat sukan 4WD di kawasan Kiulu dan Tamparuli. Keahlian juga dibuka kepada yang bukan penduduk kedua-dua kawasan sebagai ahli bersekutu. Yuran penyertaan sebanyak RM50.00 dan Yuran tahunan sebanyak RM40.00.

AJK
Buat masa ini, kelab masih berada di bawah pengurusan AJK Penaja sehingga Mesyuarat Agung diadakan.

Presiden
Kosmas Sanan

Tim. Presiden
Walter Zeno

Setiausaha
Sikinor Gunu

Pen. Setiausaha
Roni Gipin

Bendahari
Maidi Rugi

AJK
Jiviky Boliku
Sebastian Liging
Muhin Tiam
Juanis Badin
Jumatler Modulin
Rinus katong